" Assalamualaikum. Hai Min! Lama dah tak jumpa. Apa khabar?? Straight to the point. Aku akan balik Malaysia beberapa hari lagi dan kita boleh jumpa balik. Banyak yang aku nak cerita kat kau. Macamanalah muka kau sekarang ek? Hihihii.. "
Dush!
Dushhhhhh!!!
Aduh! Sakitnya. Aku rasa aku tak mimpi di siang hari sebab sekarang ni tengah malam. Biar betul mamat ni? Apesal dia balik cepat sangat. Hish! Tulah padahnya kalau lama dah tak check email ni hah.
" Minnnnnnnnnn!!!!! Cepatlah turun, ada kawan Min nak jumpa ni." Ibu Jasmin memanggil anaknya sambil mempelawa seorang pemuda yang amat dikenalinya sejak Jasmin masih kecil lagi untuk duduk di ruang tamu rumah mereka.
Tak! Tak! Tak! Seiring dengan bunyi tapak kaki Jasmin menuruni anak tangga semakin kuat degupan jantungnya. Belum sempat dia bersuara,
" Minnn!! Rindunya aku dengan kau. " Pemuda tersebut terus menerpa ke arahnya.
" Dani! Apesal tak gitau yang kau dah sampai Malaysia hah ?? " Riak muka Jasmin jelas terkejut dengan apa yang berlaku saat ini. " I'm sorry " ucap Farish Daniel dengan senyuman di wajahnya.
" Kau sering memandang ke langit seolah-olah memikirkan sesuatu. Menyebabkan aku jauh ketinggalan di belakang.Aku tidak pernah walau sekali memahami perasaan kau itu. "
Mohd. Farish Daniel Bin Mohd. Fadzil , anak pertama dari tiga orang adik-beradik dan merupakan jiran terbaik yang aku pernah ada sejak aku kecil lagi tapi bila dia dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM beberapa tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke negara mat salleh dan ya! Dia tinggalkan aku hanya dengan ucapan " I'm sorry" . Pastu boleh pulak dia muncul macam Putera Raja depan mata aku dan guna dialog dia beberapa tahun dulu. Nonsense!
Papp!! " Dah habis termenung tuan puteri? " Tegur Farish Daniel kepada gadis kecil molek di hadapan matanya.Lama dia menatap wajah ayu itu, itulah wajah yang sering menganggu tidur lenanya hingga dia hampir membuat keputusan untuk berhenti melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana tak sanggup berjauhan dengan si pemilik wajah.
" Dalam rindu ada sakit yang ku rasa, sakit menerima hakikat bahawa kita harus berjauhan seketika. "
"Oii! Yang dok tenung muka anak dara orang ni apesal? Ada lesen ker hah?! " ujar Jasmin yang tak tentu arah duduknya dek penangan Mr.Tampan yang dirindui.
" Min .. " Tersekat suara Farish Daniel seketika.Mungkin ini bukan waktu yang sesuai untuk mengungkapkannya. Desis hati pemuda itu. Sedang asyik bercerita tentang pengalaman Farish Daniel ketika bearada di luar negara tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk untuk dijawab. Namun, tatkala melihatkan nombor yang terpapar di skrin telefon Samsung tersebut, dia pantas mematikan panggilan tersebut. Jasmin ingin bertanya mengapa jejaka itu mematikan panggilan tersebut namun Farish Daniel pantas membawa Jasmin ke tempat di mana mereka sering meluangkan masa sejak kecil dahulu.
" Pada saat aku melayani persoalan bahawa aku tidak secocok dengan mu, kau akan hadir lalu berkata kau sukakan aku ... "
" Kau ingat lagi tak benda yang kita selalu buat waktu kecik-kecik dulu Min ?. "
" Mestilah aku ingat. Kita selalu buat kapal terbang kertas dan tulis impian,luahan hati kita kat kapal terbang kertas kita kan."
" Kau tahu tak aku suka kat kau ?" Ujar Farish Daniel dengan tiba-tiba tanpa memandang wajah Jasmin.
" Apa maksud kau ? Janganlah main-main dengan aku. Kau tahu tak soal hati dan perasaan tak boleh dibuat main. " Padahal dalam hati gadis itu sudah terpancar rasa bahagia yang selama ini dipendamnya.
" Aku tak main-main Min, aku memang dah lama simpan ..... Arggghhhhhhh!!! Ya allah, sakitnya! " teriakan Farish Daniel mengejutkan Jasmin yang berada di sebelahnya.
" Dani, kau kenapa?? Cakap kat aku cepat!! "
" Namun tatkala aku ingin memeluk hati mu, kau akan menyimpannya dengan dalam lalu beralihkan diri ... "
" Assalamualaikum Min. Maafkan aku.Sepatutnya aku bagitau kau dulu tentang penyakit yang aku hidapi sekarang.Barah otak.Kau tahu tak, sama dengan kau, aku pun tak percaya aku hidap penyakit ni Min, dah banyak ikhtiar yang keluarga aku buat tapi dah terlambat, selepas gagal dalam pembedahan,tiada apa yang boleh dilakukan lagi.Aku minta maaf.Aku harap kau dapat temui kebahagiaan yang kau cari Min "
Titis airmata membasahi pipi Jasmin dan sebahagian surat yang dibacanya.Tak sangka di saat hatinya sudah cukup menahan derita kerinduan, takdir lebih dahulu mencatat sejarah paling besar dalam hidupnya.Masih ingat di saat Farish Daniel terkulai layu di sisinya, ada sekeping kapal terbang kertas yang agak lusuh dalam genggaman tangan kiri jejaka itu.
"Jasmin yg cantik yg baik hati, aku sayangkan kau sampai hujung nafas ku yang terakhir. Sorry, I love you"
Dani
Apa yang tertulis di atas kertas itu sahaja sudah cukup meluruhkan jantung gadis itu yang terlalu mendamba cinta pertamanya dan mungkin cinta sejati yang tak dapat diulang keindahannya sekali lagi di dunia ini. Dani, walaupun kau dah pergi untuk selama-lamanya, kau tetap ada dalam hati aku.
Al-Fatihah ~