Bintang
berseri bagaikan bintang, ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang.biar pun aku yang asing, selalu memikirkan mu, ku percaya cinta itu memang buta. harap kau sudi mendengar deruan hujan jiwa ku.
— Aku Yang Asing : Hujan
From April 8 of '94, a low profile teacher, a lazy student, a fake athlete, someone socially-awkward, a music aficionado, a 'book-worm', one who appreciates good writing and photography.
Friday 9 January 2015
3:40 pm

Assalamualaikum & selamat kembali ke sekolah/kerja/takde kerja :)

   Sebenarnya aku terjumpa entri ni kat satu blog. Lama dah.Waktu tuw aku tengah cari cara-cara untuk menghilangkan tekanan. Al-maklum zaman budak sekolah memang penuh dengan tekanan yang maha dasyat.Dengan muka yang serius aku pun baca entri ni.

   Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1
Ini adalah permulaan untuk memanaskan badan.
LANGKAH 2

Buat macam ni untuk melegakan bahu dan leher anda.

LANGKAH 3
Wa..wawaaa !!


LANGKAH 4
Gerak ke kanan kemudian ke kiri.


LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut jelah,jangan terpusing kepala sudah la.


LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi. Ini untuk menghilangkan mengantuk.


LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan. Buat macam gembira je.


LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit. Lakukan seperti kita tiada masalah.


LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula. Jangan peduli apa orang lain kata.


LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan.


LANGKAH 11
Pusingkan kepala.


LANGKAH 12
Tengok muka kat cermin sambil goyang2. Lawa tak ?


LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing sebagai pelengkap senaman anda :')


Sekian.Selamat mencuba !!!!!!





21 comment(s): leave a comment
Thursday 8 January 2015
7:27 pm





Tatkala hati ku masih kosong, hidup dilihat terlalu biasa.
Waktu diputar tidak terasa lajunya.
Setiap langkah disusun tiada maknanya. Tapi suatu hari apabila hati ku diisi dengan cinta terasa hidup ini baru saja bermula. Sejak berkenalan dengan kau sehingga kini, terdapat banyak kata-kata yang ingin ku lepaskan. Namun, aku tidak dapat mencari titik permulaannya. Perasaan ku diharap dapat terus sampai kepada mu melalui hembusan angin ini ~




Labels:

4 comment(s): leave a comment
Wednesday 7 January 2015
12:54 pm




" Assalamualaikum. Hai Min! Lama dah tak jumpa. Apa khabar?? Straight to the point. Aku akan balik Malaysia beberapa hari lagi dan kita boleh jumpa balik. Banyak yang aku nak cerita kat kau. Macamanalah muka kau sekarang ek? Hihihii.. "

Dush!
Dushhhhhh!!! 

    Aduh! Sakitnya. Aku rasa aku tak mimpi di siang hari sebab sekarang ni tengah malam. Biar betul mamat ni? Apesal dia balik cepat sangat. Hish! Tulah padahnya kalau lama dah tak check email ni hah.

   " Minnnnnnnnnn!!!!! Cepatlah turun, ada kawan Min nak jumpa ni." Ibu Jasmin memanggil anaknya sambil mempelawa seorang pemuda yang amat dikenalinya sejak Jasmin masih kecil lagi untuk duduk di ruang tamu rumah mereka.

   Tak! Tak! Tak! Seiring dengan bunyi tapak kaki Jasmin menuruni anak tangga semakin kuat degupan jantungnya. Belum sempat dia bersuara,
 " Minnn!! Rindunya aku dengan kau. " Pemuda tersebut terus menerpa ke arahnya.
 " Dani! Apesal tak gitau yang kau dah sampai Malaysia hah ?? " Riak muka Jasmin jelas terkejut dengan apa yang berlaku saat ini. " I'm sorry " ucap Farish Daniel dengan senyuman di wajahnya.
" Kau sering memandang ke langit seolah-olah memikirkan sesuatu. Menyebabkan aku jauh ketinggalan di belakang.Aku tidak pernah walau sekali memahami perasaan kau itu. "

Mohd. Farish Daniel Bin Mohd. Fadzil , anak pertama dari tiga orang adik-beradik dan merupakan jiran terbaik yang aku pernah ada sejak aku kecil lagi tapi bila dia dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM beberapa tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke negara mat salleh dan ya! Dia tinggalkan aku hanya dengan ucapan " I'm sorry" . Pastu boleh pulak dia muncul macam Putera Raja depan mata aku dan guna dialog dia beberapa tahun dulu. Nonsense!


     Papp!! " Dah habis termenung tuan puteri? " Tegur Farish Daniel kepada gadis kecil molek di hadapan matanya.Lama dia menatap wajah ayu itu, itulah wajah yang sering menganggu tidur lenanya hingga dia hampir membuat keputusan untuk berhenti melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana tak sanggup berjauhan dengan si pemilik wajah.
  "  Dalam rindu ada sakit yang ku rasa, sakit menerima hakikat bahawa kita harus berjauhan seketika. "

     "Oii! Yang dok tenung muka anak dara orang ni apesal? Ada lesen ker hah?! " ujar Jasmin yang tak tentu arah duduknya dek penangan Mr.Tampan yang dirindui. 

" Min .. " Tersekat suara Farish Daniel seketika.Mungkin ini bukan waktu yang sesuai untuk mengungkapkannya. Desis hati pemuda itu. Sedang asyik bercerita tentang pengalaman Farish Daniel ketika bearada di luar negara tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk untuk dijawab. Namun, tatkala melihatkan nombor yang terpapar di skrin telefon Samsung tersebut, dia pantas mematikan panggilan tersebut. Jasmin ingin bertanya mengapa jejaka itu mematikan panggilan tersebut namun Farish Daniel pantas membawa Jasmin ke tempat di mana mereka sering meluangkan masa sejak kecil dahulu.
" Pada saat aku melayani persoalan bahawa aku tidak secocok dengan mu, kau akan hadir lalu berkata kau sukakan aku ... "
" Kau ingat lagi tak benda yang kita selalu buat waktu kecik-kecik dulu Min ?. "

" Mestilah aku ingat. Kita selalu buat kapal terbang kertas dan tulis impian,luahan hati kita kat kapal terbang kertas kita kan."
" Kau tahu tak aku suka kat kau ?" Ujar Farish Daniel dengan tiba-tiba tanpa memandang wajah Jasmin.
" Apa maksud kau  ? Janganlah main-main dengan aku. Kau tahu tak soal hati dan perasaan tak boleh dibuat main. " Padahal dalam hati gadis itu sudah terpancar rasa bahagia yang selama ini dipendamnya.
" Aku tak main-main Min, aku memang dah lama simpan ..... Arggghhhhhhh!!! Ya allah, sakitnya! " teriakan Farish Daniel mengejutkan Jasmin yang berada di sebelahnya.
 " Dani, kau kenapa?? Cakap kat aku cepat!! " 
" Namun tatkala aku ingin memeluk hati mu, kau akan menyimpannya dengan dalam lalu beralihkan diri ... "

 " Assalamualaikum Min. Maafkan aku.Sepatutnya aku bagitau kau dulu tentang penyakit yang aku hidapi sekarang.Barah otak.Kau tahu tak, sama dengan kau, aku pun tak percaya aku hidap penyakit ni Min, dah banyak ikhtiar yang keluarga aku buat tapi dah terlambat, selepas gagal dalam pembedahan,tiada apa yang boleh dilakukan lagi.Aku minta maaf.Aku harap kau dapat temui kebahagiaan yang kau cari Min "

      Titis airmata membasahi pipi Jasmin dan sebahagian surat yang dibacanya.Tak sangka di saat hatinya sudah cukup menahan derita kerinduan, takdir lebih dahulu mencatat sejarah paling besar dalam hidupnya.Masih ingat di saat Farish Daniel terkulai layu di sisinya, ada sekeping kapal terbang kertas yang agak lusuh dalam genggaman tangan kiri jejaka itu.


"Jasmin yg cantik yg baik hati, aku sayangkan kau sampai hujung nafas ku yang terakhir. Sorry, I love you"

                                                                                                                     Dani 

      Apa yang tertulis di atas kertas itu sahaja sudah cukup meluruhkan jantung gadis itu yang terlalu mendamba cinta pertamanya dan mungkin cinta sejati yang tak dapat diulang keindahannya sekali lagi di dunia ini. Dani, walaupun kau dah pergi untuk selama-lamanya, kau tetap ada dalam hati aku.
                                                                                                    
 Al-Fatihah ~ 

6 comment(s): leave a comment
Tuesday 6 January 2015
9:28 pm
https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/4c/d0/7c/4cd07cf8395eb4b4ec97ae78f1677312.jpg 


Semalam aku bermimpi.
Bermimpi bertemu kamu.
Ya.
Kamu yg sering mencuri lena ku .

Tapi aku bingung bila memikirkan apa yg terjadi di dalam mimpi ku.
Seakan-akan aku terkena amnesia seketika atau mungkin sumpahan magis.
Ya.
Mungkin.
Yg pasti watak utamanya adalah kamu.
Kamu yg sering mencuri lena ku.
                                                                    





Labels: ,

7 comment(s): leave a comment